Pages

Sunday, April 28, 2013

Kelemahan Servis Air Cond

Sebagai pengguna kita perlu menjadi pengguna bijak supaya mengetahui apakah yang terbaik untuk kita. Sudah menjadi keperluan aircond  diservis mengikut jadual dan kekerapannya mengikut penggunaan. Pada post yang lalu saya ada menyatakan terdapat beberapa kaedah servis aircond,

1. Tanggalkan aircond dan servis di bawah.

2. Servis di tempat kedudukan aircond.

Setelah melakukan pantauan dan dari pengalaman servis aircond, kaedah ke 2 adalah lebih bagus. Aircond akan cepat rosak jika sering ditanggalkan. Kebarangkalian untuk bocor pun tinggi.


Thursday, April 25, 2013


Penyebab Air Conditioner Tidak Sejuk


                                   
Air conditioner merupakan alat yang berfungsi untuk menjaga suhu sebuah ruangan agar selalu dalam keadaan nyaman, dengan kata lain air conditioner ketika suhu di luar ruangan tinggi berfungsi untuk menurunkan suhu di dalam ruangan. Berikut ini adalah beberapa penyebab air conditioner tidak sejuk:                            
  1. Evaporator Kotor
    Evaporator merupakan komponen mesin pendingin yang berfungsi untuk menyerap panas dari dalam ruangan menuju luar ruangan dengan perantaraan refrigran. Evaporator yang kotor akan mengakibatkan penyerapan panas tidak maksima sebab pergerakan udara terhalang oleh kotoran yang melekat pada evaporator. Untuk mengatasi hal ini perlu dilakukan service cleaning untuk membersihkan evaporator.
  2. Kondensor Kotor
    Kondensor merupakan komponen dalam sebuah sistem refrigran yang berfungsi untuk membuang haba yang telah diserap oleh refrigran melalui evaporator. Jika kondensor kotor menyebabkan udara tidak dapat melepasi kondensor dengan baik maka suhu pada kondensor akan terus naik sebab tidak terjadi perpindahan suhu dari refrigran ke lingkungan. Untuk mengatasi hal ini perlu dilakukan service cleaning untuk membersihkan kondensor.
  3. Refrigran(Gas) Berkurang
    Refrigran atau yang sering disebut freon merupakan medium yang sangat penting dalam sistem refrigran sebab memiliki fungsi sebagai medium untuk memindahkan hawa panas dari dalam ruangan menuju luar ruang. Maka dari itu ketika refrigran kurang akan mengakibatkan proses penyerapan panas tidak sempurna. Untuk mengatasi hal ini perlu dilakukan penambahan gas, namun jika gas berkurang lebih dari setengah maka terdapat kebocoran.
  4. Kompresor Lemah
    Kompresor merupakan komponen yang paling berpengaruh dalam sistem pendingin sebab memiliki fungsi untuk kitaran refrigran sehingga dapat terjadi perpindahan suhu dari dalam ruangan menuju luar ruangan. Jika kompresor lemah akan mengakibatkan kitaran refrigran lebih lambat dari keadaan normal, sehingga mengakibatkan perpindahan suhu juga ikut lambat. Untuk mengatasi hal ini perlu dilakukan perbaikan atau pengantian kompresor. Kompresor lemah dapat disebabkan oleh mekanik, lilitan atau komponen pendukung seperti oil dan kapasitor.

Tuesday, April 23, 2013


Mari Belajar Service Air cond Sendiri


Caranya mudah, hanya beberapa minit sahaja air cond  bahagian indoor unit sudah siap dibersihkan, cara pembersihan outdoor unit adalah sama. Tetapi perlu berhati-hati ketika proses pembersihan, terdapat bahagian litar elektronik yang tidak boleh terkena air.

Gas dan arus beban pada aircond perlu diperiksa supaya aircond beroperasi dengan optimum. Tekanan gas paling minimum ialah 60psi dan maksimum 90psi. Tekanan gas berkadaran dengan arus beban, semakin tinggi tekanan semakin tinggi arus beban (pemeriksaan gas dan arus beban dibuat ketika aircond hidup).

Pemeriksaan perlu dilakukan oleh technicion yang berpengalaman bagi mengelak kerosakan pada aircond. Antara perkara yang boleh berlaku:
1. Boleh menyebabkan pembentukan ais pada copper paip.
2. Berlakunya arus beban lebih dan menyebabkan 'tripping'.
3. Litar pintas pada papan litar.
4. Papan litar kawalan rosak.



Sunday, April 21, 2013

Saya biasa service aircond, terdapat beberapa cara yang biasa dipraktikkan.

1. Chemicals cleaning dengan tanggalkan unit indoor dan dibersihkan di bawah.
    
2. Chemicals cleaning tanpa ditanggalkan dan dibersihkan di tempat aircond tersebut.
    
Yang manakah menjadi pilihan anda?

Saturday, April 20, 2013


Mengapa harus service aircond walaupun masih sejuk?

Ramai orang beranggapan service aircond hanya apabila sudah tidah sejuk. Sebagaimana kereta perlu di service bila sudah sampai 5000km (bergantung kepada jenis minyak enjin), begitulah juga aircond. Terdapat banyak perkara yang kita tidak sedar. 

1. Habuk tebal yang melekat pada blower akan menyebabkan putaran menjadi berat dan kitaran udara menjadi sukar. Arus elektrik yang diperlukan untuk memutarkan blower akan menjadi kurang efektif. Sudah tentu bill elektrik akan bertambah.


2. Kotoran yang melekat sudah tentu terdapat kuman. Kepada yang punya alahan sudah tentu akan lebih terkesan. Kita tidak tahu apakah virus yang telah bersarang pada kotoran itu. Apakah yang terjadi sekiranya udara tercemar itu disedut setiap hari? sudah tentu lama kelamaan paru-paru kitalah yang akan menyerap segala habuk dan virus yang ada.



Maka itu, chemicals service air-cond perlu dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali dan filter indoor unit perlu dibersihkan dua minggu sekali. Kalau tidak tahu boleh upah orang lain. Saya sedia untuk beri perkhidmatan yang terbaik disekitar Shah Alam, Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Damansara, Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran. 012-2585581 (Azmi)








Wednesday, April 17, 2013


 Ini adalah evaporator indoor unit, keadaan yang sangat teruk boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Untuk mendapatkan perkhidmatan kami sila hubungi Md Azmi 0122585581.