Perbandingan Antara Aircond Inverter Dan Aircond Konvensional
Aircond Inverter:
- Suhu bilik diset pada 20 darjah Celcius
- Inverter menjalankan pemampat pada kelajuan maksimum
- Apabila suhu bilik mencapai 19.9 darjah Celcius, inverter memperlahankan sedikit kelajuan pemampat
- Suhu bilik naik sehingga 20.1 darjah Celcius, inverter menaikkan sedikit kelajuan pemampat
- Pemampat akan sentiasa berjalan pada kelajuan berbeza ( tiada operasi on-off seperti penghawa dingin konvesional)
Aircond Konvensional:
- Suhu bilik diset pada 20 darjah Celcius
- Pemampat dihidupkan sehingga mencapai suhu 19 darjah Celcius
- Pemampat dimatikan, suhu bilik naik perlahan2 sehingga 21 darjah Celcius
- Pemampat dihidupkan semula sehingga mencapai suhu 19 darjah Celcius
- Proses ini berterusan sehinggalah penghawa dingin dimatikan
Kelebihan aircond yang menggunakan teknologi inverter ialah:
- Lebih menjimatkan tenaga elektrik
- Berfungsi dengan lebih senyap
- Beroperasi dengan lebih cekap dan pantas
- Jangka hayat pemampat lebih panjang
Walaubagaimanapun, aircond berteknologi inverter ini agak mahal termasuk alat gantinya. Kerosakan elektronik pada produk ini biasanya sukar dikesan oleh juruteknik dan perlu dirujuk kepada syarikat pengeluar.
No comments:
Post a Comment